Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Kalau malu laksana semula GST, tukar saja nama Cukai Rahmah' -netizen


KUALA LUMPUR : Tukar sahaja kepada nama Cukai Rahmah jika malu laksanakan semula Cukai GST.  Itu antara luahan hati rakyat apabila isu GST diperkatakan semula.

Menurut Rafizi Ramli, perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya.

Kata Menteri Ekonomi itu, pelaksanaan semula GST seharusnya bersifat lebih progresif.

“Pandangan saya mengenai GST ialah apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita.

“Kadar GST boleh dinaikkan dengan mudah daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika kerajaan tidak membetulkan isu berkaitan tadbir urus, perbelanjaan dan kecekapan belanjawan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada forum ekonomi anjuran alumni penjawat awam di ibu negara pada Selasa.

Sementara itu rata-rata netizen di media sosial menyambut baik berita perlaksanaan semula GST walaupun pernah dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir.

"Jangan malu-malu untuk laksanakan semula GST. Kalau malu, tukar saja kepada nama Cukai Rahmah." kata Nabeel, pelajar sarjana UiTM. 


"Seperti yang dijangka, GST akan dilaksanakan semula memandangkan hasil kutipannya dapat membantu kerajaan memberi lebih kebajikan kepada rakyat. Kasihan penjawat awam, tiada kenaikan gaji kerana PM Anwar kata kerajaan tiada duit dalam kantung negara" kata Darisah Nazmi, peniaga dari Ampang.

Untuk rekod, cukai GST telah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Razak kerana menurutnya ia lebih telus berbanding cukai sebelumnya.

Ketika pentadbiran Najib, kerajaan mampu mengutip hasil sebanyak RM40 billion setiap tahun, dan hasil itu dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai projek Gagasan 1 Malaysia dan infrarakyat.

-TunCarlos.com