Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah benarkan Rosmah ke Singapura hingga lepas Raya


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport Rosmah Mansor bagi membolehkannya ke Singapura untuk bertemu anak perempuan dan cucunya yang tidak sihat.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh hakim Kamaludin Md Said mengeluarkan perintah itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Rosmah, Jagjit Singh.

Kamaludin berkata pasport itu akan dikeluarkan hari ini untuk Rosmah berada di Singapura antara 23 Mac dan 6 Mei.

“Memandangkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, permohonan ini dibenarkan dengan sebulat suara,” kata Kamaludin yang bersidang bersama hakim Hadhariah Syed Ismail dan Azman Abdullah.


Rosmah diarahkan menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah, sebelum atau pada 10 Mei.

Ini merupakan kali kedua Rosmah membuat permohonan bagi mendapatkan pasportnya. Permohonan pertama dibuat pada 15 Okt 2021, juga ketika mahu ke Singapura.

Nooryana berkahwin dengan seorang warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev. Pasangan itu bersama dua anak lelaki mereka menetap di Singapura.

Dalam usul difailkan pada 6 Mac, isteri kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, berkata beliau perlu melakukan perjalanan ke Singapura kerana seorang daripada cucunya sakit.

-Malaysiakini