Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin tak sama seperti Najib, kata Wan Fayhsal



KUALA LUMPUR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwanya, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tidak terlibat dalam skandal kewangan besar seperti yang berlaku ke atas Najib.

"Saya ingin ingatkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Jauh sekali terlibat dalam skandal kewangan terbesar dunia seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Orang Melayu lebih pandai menilai mata yang permata dan mana yang kaca," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada di sini pada Sabtu.

Dakwa Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang lagi, Muhyiddin yang kini berdepan kes mahkamah menjadi mangsa pendakwaan terpilih.

Jelasnya, pendakwaan ke atas Muhyiddin ini disebabkan ketakutan melampau terhadap pengaruh Bersatu dalam politik Melayu.


"Sama-sama kita doakan, agar Presiden kita dikurniakan kekuatan bagi menempuhi ujian yang sedang dihadapi.

"Saya percaya, seorang yang bernama Muhyiddin Yassin tidak akan mudah luntur semangat juangnya, walau badai setinggi gunung dan desakan maha hebat apa pun," katanya.

Sementara itu, beberapa pimpinan tertinggi Bersatu turut hadir antaranya Naib Ketuanya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, Ketua Penerangan, Datuk Razali Idri dan lain-lain.

Perhimpunan kali keempat ini juga menyaksikan seramai 429 perwakilan dari seluruh negara yang hadir.