Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO buat laporan polis terhadap Hadi Awang


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Senator Datuk Arman Azha bin Abu Hanifah hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Presiden PAS, Tan Sri Haji Hadi Awang di atas kenyataan mendedahkan ada rancangan untuk jatuhkan kerajaan.

Laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi.

"Bagi saya dalam keadaan politik hari ini kita minta Tan Sri Haji Hadi yang lama dalam politik negara untuk melihat keadaan situasi politik hari ini." ujar Arman.

"Kita tak mahu perpecahan,kerana hari ini semua tahu kerajaan perpaduan ini dilahirkan sebab titah Tuanku Yang Dipertuan Agong 

"Jadi apabila ada gerakan-gerakan seperti ini bagi saya sebagai seorang pemimpin parti, saya melihat ini adalah satu perkara yang tidak sihat kepada negara kita"


Menjawab soalan wartawan samada Hadi bergurau dalan kenyataan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Subang itu memberitahu bahawa kenyataan seperti ini mendatangkan perkara yang tidak baik kepada negara terutama dari segi pelaburan asing bagi menstabilkan ekonomi negara yang akhirnya akan menjejaskan hidup rakyat bawahan yang baru memulai kehidupan selepas pandemik. 

Arman meminta polis membuat siasatan samada betul atau tidak betul ada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.

-TunCarlos