Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selepas didakwa tumbuk isteri, Hafidz Roshdi kekal tenang


Isteri kepada Hafidz Roshdi , Nurul Shuhada Mat Shukri telah memuatnaik gambar ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Perkongsian ini menjadi perhatian ramai orang.

Keluarga Shuhada juga mengesahkan Hafidz telah menumbuk isterinya sebanyak 3 kali setelah pasangan tersebut terlibat dalam pertelingkahan pagi tadi. 

“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” katanya.


Laporan polis juga telah dibuat oleh keluarga Shuhada dan dia terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah mendapatkan rawatan, Shuhada dibenarkan pulang dan tidak perlu ditahan di wad. 

Shuhada juga berada dalam keadaan stabil tetapi masih terkejut di atas kejadian yang berlaku.

Dalam posting terbaru  yang dimuatnaik oleh Hafidz Roshdi , dia memuatnaik gambar bersama anak-anaknya dan memuatnaik kapsyen dia tidak kisah dengan kata-kata dari netizen. 

Yang menjadi keutamaannya sekarang adalah tanggungjawab kepada anak-anak.



Sumber: Rotikaya