Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Usaha Farid tambat hati Diana dengan bunga dan cincin gagal, berlaku kekecohan (video)


Shah Alam : Usaha pelakon, Farid Kamil untuk menambat hati isteri tercinta, Diana Danielle dengan membawa sebentuk cincin emas dan sejambak mawar merah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, tidak berjaya apabila Diana tidak melayannya.

Diana bukan saja tidak mengambil cincin itu, malah bunga yang dibawa Farid hanya dibiarkan di atas kerusi di ruang menunggu.

Lebih mengejutkan, selepas pelantikan wakil Farid dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP), turut berlaku sedikit kekecohan di ruang menunggu luar pintu Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah.

Farid dilihat cuba menjelaskan sesuatu dan seolah-olah seperti memujuk Diana sambil disaksikan peguam kedua-dua belah pihak, namun ketika Farid cuba memeluknya, Diana terus menepis dan beredar.

Wajah Diana yang kelihatan marah cepat ditenteramkan oleh peguam Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader.


Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Sementara itu, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid turut mendakwa konflik berpunca akibat orang ketiga, namun Diana menafikan dia curang.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

video: 



-MetroTV