Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ustaz Azhar Idrus dikejarkan ke hospital


Kuala Lumpur :Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan dimasukkan ke wad untuk rawatan dipercayai kerana masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.

Beberapa tokoh agama dan pemimpin politik mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan dengan masalah kesihatan dihadapi Azhar termasuk Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

"Semoga Allah SWT terus merahmati dan mempermudahkan segala urusan buat Murrabi Ummah yang disayangi ini.

"Insya-Allah, sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengangkat penyakit yang dilalui oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah SWT jua tempat kita memohon," katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menerusi satu hantaran Facebook mendoakan kesihatan pendakwah itu.


"Semoga kembali sihat seperti sediakala buat Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus," katanya.

Menurut hantaran di Facebook Ustaz Azhar Idrus, kuliah Maghrib yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan pada waktu lain.

"Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan Kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus," kata hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus.


-Metro