Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Beri saya masa bincang dengan Anwar -Zahid



KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan isu doktor kontrak yang berlarutan sekian lama akan diselesaikan segera.

Katanya, mereka yang terkesan diminta bersabar untuk kerajaan mengatur langkah selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Dalam soal doktor kontrak, pembelaan ini harus mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.Terdapat cadangan yang telah dibincangkan agar mereka dapat menjadi doktor tetap selain beberapa syarat skim yang baru akan diteliti.


“Kepada mereka yang terjejas, beri peluang kepada saya yang telah diberi kepercayaan untuk selesaikan kerana tiada masalah yang tidak boleh kita selesaikan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, beliau memberi jaminan hasil perbincangan dengan Anwar itu akan menatijahkan situasi menang-menang.

Katanya, isu yang berlarutan itu pasti akan mendapat solusi dengan menyifatkan tiada yang rugi dan tiada yang akan rasa terpinggir.

Semalam, Menteri Kesihatan memberitahu, kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak.

Dr Zaliha Mustafa berkata, jawatankuasa yang berjaya dicapai menerusi mesyuarat Kabinet kelmarin akan menggabungkan beberapa kementerian termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. 

– MalaysiaGazette

KLIK SINI: TEMPAH PAKEJ PERCUTIAN JIMAT SEKARANG