Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

DNB kekal sebagai pemborong tunggal 5G -Fahmi


Kuala Lumpur – 17 April 2023 
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fazdil mengesahkan Digital Nasional Bhd (DNB) kekal sebagai syarikat pemborong tunggal pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia. 

Kenyataan itu susulan laporan Reuters yang memetik sumber bahawa beberapa syarikat telekomunikasi mahukan penubuhan sebuah lagi rangkaian pemborong untuk pelaksanaan 5G, seterusnya mewujudkan dua pemborong rangkaian (dual wholesale network, DWN). 

Laporan Reuters mengatakan rangkaian kedua 5G akan dilaksanakan seawal Januari 2024 bagi mencabar monopoli DNB. 

Konsep DWN ditolak kerajaan terdahulu yang memutuskan menggunakan pemborong tunggal rangkaian 5G yang diberikan kepada DNB. 


Fahmi turut mengesahkan yang perbincangan perlaksanaan 5G sedang berjalan dan tiada sebarang keputusan dicapai setakat ini. 

“Kami dalam proses semakan. Perbincangan sedang diadakan dengan semua pihak berkaitan.

Tetapi tiada keputusan dibuat lagi. Kita tunggu pengumuman jika ada (perkara baru),” katanya pada Sabtu lepas. 

Isu pelaksanaan 5G menjadi isu tumpuan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar yang mahu menyemak semula pemberian kontrak dan monopoli pelaksanaan 5G di Malaysia.
  
Ia berkisar kepada dakwaan monopoli 5G oleh DNB dan pelantikan kontraktor untuk pembangunan infrastruktur 5G yang diberikan kepada Ericsson.
 
Anwar sebelum ini juga dilaporkan terbuka untuk melantik kontraktor pelaksanaan 5G kedua daripada senarai syarikat yang membida kontrak itu antaranya Huawei, ZTE dan Nokia. 

Huawei dan ZTE, kedua-duanya syarikat China sedang berdepan dengan pelbagai sekatan di banyak negara untuk terlibat dalam pelaksanaan 5G susulan dakwaan ia digunakan sebagai alat perisikan China, mencuri harta intelek perdagangan dan mendatangkan risiko kepada keselamatan negara.

Disunting dari: NST