Duta China minta Filipina bantah kemerdekaan Taiwan
Selepas Filipina memberikan lebih banyak akses kepada Amerika Syarikat untuk menempatkan tenteranya di negara itu, China mula menunjukkan taring sebenar.
Dalam satu tindakan kurang ajar Duta China ke Filipina Huang Xilian pada Jumaat lepas, beliau “menasihati” Filipina supaya membantah kedaulatan dan kemerdekaan Taiwan sekiranya negara itu benar-benar prihatin dengan nasib lebih 150,000 rakyatnya yang sedang bekerja (OFW) di Taiwan.
“Isu Taiwan adalah sepenuhnya isu dalaman China, seperti isu Mindanao di Filipina. Anda tak benarkan mana-mana pihak ketiga masuk campur untuk menyelesaikan isu pemberontakan di Mindanaoi,” katanya.
“Filipina ‘dinasihatkan’ supaya juga membantah ‘Kemerdekaan Taiwan’ berbanding mencetuskan konflik denan menawarkan akses pangkalan tentera berhampiran Selat Taiwan kepada AS jika anda benar-benar prihatin dengan 150,000 OFW,” tambahnya lagi.
Duta itu juga mengulangi kepercayaan China yang Amerika mahu menggunakan Perjanjian Kerjasama Pemerkasaan Pertahanan (EDCA) denggan Filipina untuk agenda mereka sendiri yang boleh “memberi kesan buruk kepada keamanan dan pembangunan Filipina dan kawasan serantau.”
Filipina dan Amerika Syarikat menandatangani EDCA pada 2014 untuk memberikan akses meletakkan tentera, fasiliti, pesawat dan kapal laut tentera Amerika secara sementara di Filipina.
Tindakan China menggunakan negara lain untuk memberikan tekanan kepada Taiwan bukanlah perkara luar biasa.
Sebagai balasan mendapatkan bantuan China, sejak Mei 2016 apabila Presiden Tsai Ing-wen yang pro-kemerdekaan Taiwan berkuasa, sembilan buah negara sudah memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan. Pada masa sekarang, Taiwan hanya diiktiraf oleh 13 buah negara.
Negara terbaru yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan adalah Honduras yang mengulangi propaganda “Hanya ada 1 China.”
Kenyataan Duta China itu disifatkan Timbalan Ketua Minoriti Dewan Perwakilan Filipina France Castro sebagai “ugutan bukan hanya kepada negara Filipina tetapi juga pekerja Filipina di luar negara yan tidak berdosa.”
Dalam hubungan diplomatik antarabangsa, kenyataan Duta China itu boleh dianggap masuk campur dalam urusan dalaman negara, tindakan yang boleh menyebabkan beliau diisytiharkan sebagai ‘persona nan grata’ dan diusir dari negara bertugasnya serta merta.
Sekadar perbandingan, setakat 2020, seramai 31,124 orang rakyat Malaysia sedang bekerja di Taiwan, jumlah ini tidak termasuk pelajar Malaysia yang menuntut di sana.
Disunting dari: GMA network