Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Guan Eng berbuka puasa bersama UMNO Balik Pulau


PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memeriahkan sambutan Ramadan dengan menghadiri program ramah mesra dan majlis berbuka puasa bersama Umno Balik Pulau semalam.

Melalui hantaran yang dikongsi di Facebooknya, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan hadir ke majlis berkenaan bersama isterinya, Betty Chew dan beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang, antaranya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Lim berterima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Shah Headan Ayoob Shah yang menerima kunjungan itu dan memberi layanan istimewa.


“Saya bersama Betty dan beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang telah hadir program ramah mesra bersama Umno Bahagian Balik Pulau.

“Terima kasih kepada Shah Headan Ayoob Shah selaku ketua bahagian dan seluruh keluarga Umno Balik Pulau yang menerima kunjungan kami dengan layanan sangat istimewa.”





Dalam perkongsiannya, Lim memaklumkan program dimulakan dengan agihan bubur kanji kepada penduduk tempatan di bazar tepi Balai Polis Sungai Pinang, sebelum mereka ke sebuah kedai makan untuk berbuka puasa bersama.

Selain Rayer, turut hadir Naib Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Afzal Nasir, Ketua Pemuda dan Wanita bahagian.

TANDATANGAN PETISYEN DI SINI