Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hina Sultan, pemilik akaun 'Indera Mulia' kena lokap empat hari


SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat permohonan reman ke atas pemilik akaun 'Indera Mulia' setelah individu itu ditangkap kerana menghina Sultan Johor.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, permohonan reman itu dibuat di bawah peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

"Tempoh tahanan reman yang dibenarkan adalah selama empat hari iaitu bermula pada 25 hingga 28 April ini.


"Kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian melaporkan pihak polis bertindak membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun di sebuah rumah di Puchong, Selangor pada Selasa.

Suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun Facebook menggunakan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lalu.

Disunting dari: Sinar