KUALA LUMPUR – Pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meraih populariti di media sosial yang menjadi tumpuan golonggan remaja dan belia, TikTok.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga perkongsian mengenai Najib telah dimuatnaik di platform media sosial terbabit.
Video pertama memaparkan pungutan suara mengenai isu pengampunan diraja terhadap Najib dengan kapsyen: Pengampunan Diraja? 1. Layak 2. Tidak Layak.
Trend menunjukkan bahawa majoriti pengguna meletakkan nombor 1 iaitu ‘layak’ sebagai pilihan sekali gus menyokong Najib yang turut dikenali sebagai ‘bossku’ diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Video terbabit dikongsi oleh pengguna bernama Ajib Warhub (gypwarhub) dan mendapat 6,685 komen.
“1. Kedilan untuk DSNR (Datuk Seri Najib Razak),” komen Azman Noor Adam.
“Layak dapat pengampunan,” kata ziza1960.
“Layak bossku terbaik,” komen Adnanbro.
“1. Boskuuu yang berjiwa rakyat. Layak,” sokong Mohamad Izwan973.
“No 1 untuk bossku,” kata hairulwildbettasa.
“Yas semestinya,” komen shazwanazib.
“100/100 layak DSN terbaik,” kata Sarin Rin.
“Layak layak layak,” komen Rosnah Alam.
“Yes layak,” kata richardwong9992.
“Layak, sebab DSNR adalah PM terbaik, berjiwa rakyat,” kata Aini.
“Percepatkan pengampunan DSN,” komen zalinah6.
Sementara video kedua yang turut dikongsi oleh pengguna sama, Ajib Warhub melontarkan soalan pada pilihan raya umum akan datang siapakah yang bakal menjadi perdana menteri.
Empat foto diletakkan pada video itu iaitu Najib (1. Bossku), Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin (2. Abah), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (3. Pak Long) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (4. Papa).
Perkongsian tersebut mendapat lebih 10,000 komen dengan majoriti memilih Najib.
“Tak ada pemimpin boleh tandingi DS Najib Razak. Ekonomi negara terbaik di zaman DSN,” kata aziebusu.
“1 bossku la siapa lagi,” komen Nazril Rashid.
“DSNR yang terbaik bossku,” kata Nor.
“No 1 tetap di hati. Malu apa bossku,” tegas shamizulshah.
“Bossku 1 dalam sejuta,” kata Selamah Ngah.
Manakala klip video ketiga, Ajib Warhub membuat bancian pengguna TikTok sama ada memilih Perikatan Nasional (1) atau Pakatan Harapan/Barisan Nasional (2) pilihan raya di enam negeri.
Hampir 3,000 komen diperolehi dengan majoriti memilih Perikatan Nasional pada pilihan raya yang akan diadakan di Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Sementara itu di dalam petisyen online di Change.org tandatangan menyokong Najib dibebaskan melalui Pengampunan Diraja telah memperoleh lebih 22ribu tandatangan walaupun baru 4 hari saja digerakkan.
Petisyen tersebut boleh ditandatangani di SINI
TANDATANGAN PETISYEN DI SINI |
– MalaysiaGazette