Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pasangan tular berkelakuan jelik dalam kereta kena lokap dua hari


Johor Bahru: Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana disyaki melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan direman dua hari.

Perintah tahanan reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Noorfazlin Hamdan.

Noorfazlin membenarkan permohonan reman oleh polis bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas pasangan kekasih berkenaan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.


Semalam, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini.

Kedua-dua suspek masing-masing lelaki berusia 22 dan perempuan 17 tahun itu kemudian ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang semalam.

Suspek warga tempatan itu dilaporkan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan polis turut merampas sebuah Perodua Axia berwarna merah dan sehelai kemeja-T berwarna merah dan putih.

-BeritaHarian

TANDATANGAN PETISYEN DI SINI