PETALING JAYA – Satu klip video yang tular di media sosial ketika ini menyaksikan seorang pemuda secara sengaja telah menukar kod QR bank sebuah masjid kepada kod QR bank peribadinya.
Klip video yang dikongsi Zulfikar Akhbar itu menunjukkan seorang pemuda yang memakai baju kemeja biru gelap sedang menukar satu kod QR bank amal sebuah masjid dipercayai terletak di Jakarta Pusat, Indonesia.
“Kod QR kotak amal masjid pun jadi sasaran, diganti dengan kod QR peribadi. Semakin canggih cara pencuri beraksi. Syukur kejadian terakam dengan kamera,” tulis nya.
Didakwa pencuri tersebut juga telah melakukan perkara sama di beberapa buah masjid sebelum ini dan pihak berkuasa Indonesia juga sudah berjaya menahan suspek yang juga seorang pegawai bank.
Orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut turut terkejut dengan cara yang dilakukan oleh pencuri itu dan menyifatkan cara yang dilakukannya amat bahaya dan tidak disedari orang ramai.
“Kalau kita nak derma kita turus ‘scan’ sahaja, memang la akan keluar butiran akaun penerima tetapi kita tidak tahu itu penerima sebenar atau tidak, risau benda ini akan berlaku di Malaysia nanti,” kata Irfan Ishak.
“Memang ramai tak terfikir lagi cara mencuri ini, kalau di masjid memang ramai orang akan menderma dengan cara ‘scan’ kod QR, makin canggih pencuri zaman sekarang,” tulis Maulana Johor.
video:
– KOSMO! ONLINE.