Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Petisyen mohon Najib diberi pengampunan Diraja mula tular


KUALA LUMPUR: Satu petisyen mula tular hari ini dimana ia ditujukan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong agar memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.


Petisyen yang menggunakan platform change.org itu telah dimulakan oleh seorang individu bernama Ariff Lias pada petang Jumaat 7 April.

Petisyen boleh ditandatangi DI SINI

Walaupun baru sahaja dimulakan , setakat ini petisyen tersebut telah ditandatangani hampir 5ribu orang dan jumlahnya diperhatikan semakin meningkat dengan cepat.


Berikut adalah kandungan petisyen tersebut:

Ampun Tuanku beribu ribu ampun.

Kami, rakyat Malaysia memohon dan mendesak agar mantan Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak dilepaskan dan dibebaskan segera kerana ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman yang sangat serius dalam kes SRC dihadapi beliau.

Antaranya, Hakim YA Nazlan telah melanggar Etika Kehakiman 2009 dengan menyorokan penglibatannya bersama Maybank dan berurusan dengan SRC.

Manakala Ketua Hakim Negara telah melanggar Seksyen 212, 217 Kanun Keseksaan kerana melindungi YA Nazlan daripada kesalahan ini apabila surat SPRM terhadap salah laku Nazlan bertarikh Februari 2023 kepada beliau tidak diambil apa apa tindakan.

Petisyen ini juga menyokong penuh dissenting judgement oleh YA Dato Abdul Rahman Sebli untuk dikaji secara mendalam oleh Lembaga Pengampunan Diraja supaya segala hukuman terhadap Dato Sri Najib digugurkan. Antaranya:

1. Adalah hak peguam DS Najib iaitu Hisyam Teh Poh Teik untuk meminta penangguhan kerana dokumen-dokumen terlibat adalah terlalu banyak (30 ribu helai). 3 minggu untuk membaca, memahami, menilai dan menyediakan hujah berdasarkan 30 ribu helai dokumen ini adalah tempoh yang langsung tidak munasabah.

2. Mahkamah Persekutuan yang diketuai YAA Tg Maimon telah gagal memastikan keadilan kerana secara tidak langsung seolah-olah tidak membenarkan DS Najib membela dirinya

3. Pembelaan DS Najib langsung tidak didengari mahkamah

4. DS Najib dinafikan hak asas untuk mendapatkan perbicaraan yang adil

Petisyen boleh ditandatangi DI SINI

5. DS Najib sepatutnya dilepas dan dibebaskan segera kerana berlaku pelanggaran keadilan yang serius

Berdasarkan perkara diatas, kami memohon agar kerajaan Tuanku mengambil tindakan sewajarnya.

Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau pun tidak, lebih utama adalah tentang hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil. 

Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku.

Yang benar,
RAKYAT MALAYSIA

Petisyen boleh ditandatangi DI SINI