Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sanusi kalah saman fitnah, diarah bayar Mahfuz RM120,000


Mahkamah Rayuan hari ini telah menolak rayuan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini yang membenarkan tuntutan Saman Fitnah oleh Naib Presiden Amanah, Dato’ Wira Mahfuz Omar. 

Saman fitnah tersebut difailkan atas tuduhan Sanusi yang mengaitkan Mahfuz di dalam isu pemindahan premis judi Sport Toto di Pokok Sena pada 2019 yang lalu. 


Mahkamah Rayuan hari ini juga telah membenarkan rayuan balas oleh Mahfuz berhubung dengan nilai gantirugi apabila Mahkamah Rayuan menaikkan jumlah gantirugi yang harus dibayar Sanusi daripada RM50,000.00 kepada RM120,000.00. 

Selain itu, Sanusi juga diperintahkan membayar kos rayuan ini berjumlah RM10,000.00. 

Mahfuz diwakili oleh Peguam Noorazmir bin Zakaria dan Atiqa Naziha Azmi dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir dan Sanusi diwakili oleh Peguam Yusfarizal Yusoff dari Tetuan Tengku Amalin & Faizi.

KLIK SINI: TEMPAH PAKEJ PERCUTIAN JIMAT SEKARANG


-Sinar