Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Benda sudah elok masa Najib, tapi mereka jahanamkan


     
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar harga yang sangat mahal apabila melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta subsidi bersasar untuk kepentingan dan kebaikan negara.

Malah penganalisis politik, Lim Sian See berkata, Najib dikecam teruk oleh pihak lawan ketika memperkenalkan dua inisiatif tersebut.

Namun katanya, empat pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berhasrat dan merancang untuk mengembalikan subsidi bersasar dan GST sebab faham ia langkah yang paling adil dan amat diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara.


“Benda dah elok masa dulu. Tapi korang juga yang jahanamkan.

“Najib yang berani buat masa dulu tetapi digunakan oleh mereka sebagai modal untuk hasut rakyat untuk membenci Najib,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sian See menambah, setelah memerintah negara, pentadbiran kerajaan selepas era Najib ingin melaksanakan semula GST dan subsidi bersasar namun mereka tidak berani berbuat demikian.

“Sementara itu, ekonomi negara semakin jatuh ke belakang negara-negara jiran yang sudah melaksanakannya,” jelasnya. 


– MalaysiaGazette