Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gurauan isteri bawa padah, suami bunuh diri


TINDAKAN seorang wanita yang cuba mengubah sikap cemburu suaminya untuk menjadi individu lebih baik, mengundang padah apabila lelaki itu bertindak membunuh diri.  

Lapor thethaiger.com, suami wanita itu membunuh diri di Hutan Chonburi di Thailand selepas mengetahui isterinya sedang bercakap dengan seorang lelaki Korea menerusi telefon.

Wanita dikenali sebagai May, 49, kemudian mengakui bahawa dia hanya berpura-pura bercakap dengan lelaki lain untuk mengubah sikap cemburu suaminya.


Menurut May, dia menerima panggilan dari polis siber bertanyakan mengenai keberadaan suaminya selepas mereka mendapat maklumat lelaki itu menyiarkan nota bunuh diri di laman Facebook.

Pegawai dari balai polis Samet mengesahkan mangsa yang meninggal dunia memuat naik nota bunuh diri di akaun Facebook dikenali dengan nama `Bastard Man’.

Nota itu tertera:` Saya mendoakan semua orang hidup bahagia. Dia seorang lelaki yang baik tetapi saya tidak. Selamat tinggal semua.’

May berkata, dia cuba menghubungi suaminya sebaik dimaklumkan oleh polis, namun segala usahanya menjadi sia-sia.

“Wanita itu kemudian mencari suaminya dan menemukan kesan tapak kaki yang menuju ke hutan berhampiran. Dia kemudian berjalan mengikutinya dan menjumpainya suaminya terbaring atas tanah.

“Ketika May menghampirinya, dia menyedari bahawa suaminya menggantung diri,” jelas laporan.  

May mendedahkan motif suaminya membunuh diri adalah disebabkan cemburu dengannya yang berkenalan dengan lelaki lain.

Wanita itu mendakwa dia pernah menasihatkan suaminya untuk mengubah sikap cemburunya dan memberi amaran akan meninggalkannya sekiranya gagal berbuat demikian.

“Dalam usaha membuatkannya menjadi cemburu, dia bercakap dengan rakan lelaki Korea seolah berpura-pura menjalin hubungan baharu,” jelas laporan itu. 

Sementara itu, mayat lelaki itu dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan May kini disiasat oleh polis.

-Utusan