Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kita berjaya tangani kos sara hidup berbanding kerajaan terdahulu -Rafizi


PUTRAJAYA – Usaha Kerajaan Perpaduan menangani inflasi dan kos sara hidup adalah lebih baik berbanding pentadbiran terdahulu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia dapat dibuktikan melalui kaji selidik oleh Endeavour-MGC yang menunjukkan tahap kepuasan hati rakyat.

“Cabaran atasi masalah tersebut memang besar dan ambil masa panjang. Namun, angka yang disiarkan itu jelas menunjukkan rakyat lebih berpuas hati dengan cara kita tangani sekarang berbanding enam bulan lalu,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dapatan kaji selidik tersebut yang mendapati sebanyak 52 peratus responden Melayu dan 46 peratus responden semua kaum tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan membantu rakyat.

Menurut Rafizi, ini bermakna hasil dapatan itu bukan menunjukkan kelemahan kerajaan hari ini namun sebaliknya.

Jelasnya, jumlah peratusan yang berpuas hati terhadap usaha kerajaan dalam dua isu utama tersebut adalah kira-kira 30 peratus pada November lalu.

“Saya tahu angka itu sentiasa meningkat setiap bulan dan sebab itu kalau ada yang bising dengan prestasi kami, saya diam sahaja kerana kami tengah buat kerja,” ujarnya. 

– MalaysiaGazette