Pelakon Datin Seri Zizie Izette kini lebih yakin dengan diri sendiri hasil melakukan pelbagai senaman atau ‘workout’ bersama jurulatih peribadinya di pusat gimnasium.
Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, jurulatih wanita bernama Gigi Couzin banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya dalam mendapatkan bentuk badan ideal yang diidamkan.
“Penghargaan kepada jurulatih peribadi saya @gigicouzin kerana membawa saya ke tahap ini! Kamu telah membawa saya ke peringkat seterusnya.
“Bukan sahaja dalam bentuk (fizikal) lebih baik, tetapi saya juga berasa lebih yakin tentang diri saya sendiri. Terima kasih atas bimbingan ke arah matlamat saya,” tulisnya.
Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi muat naik beberapa keping gambar yang mengenakan pakaian senaman di laman Instagram miliknya petang tadi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan reaksi positif dengan memuji bentuk badan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu dilihat semakin ‘fit’ dan cergas.
Malah, tidak kurang ada juga individu mengagumi keadaan fizikal terbaharu Zizie yang tetap ‘hot’ meskipun sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Wow ‘body goals’
Untuk rekod, Zizie dan Bung berkahwin pada 2009 dan dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette selain seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan itu turut memiliki dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Disunting dari: OhMyMedia