Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MKT Umno akan pertimbang tarik balik penggantungan Tajuddin


PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan membuat keputusan sama ada menarik balik atau mengekalkan hukuman penggantungan terhadap ketua Umno Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata sesiapa pun boleh memohon rayuan terhadap keputusan sudah ditetapkan parti, tidak terkecuali bekas ketua ahli MKT.

“Yang buat keputusan penggantungan itu adalah MKT, maka perkara itu (rayuan) juga akan dirujuk kepada MKT.


“MKT akan buat pertimbangan sewajarnya,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan, Tajuddin, digantung keahlian parti selama enam tahun, beberapa kali mengemukakan rayuan dan mahu kembali aktif dalam Umno.

Tajuddin dilapor mengakui kesalahannya kerana bersuara agak lantang, namun tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain jika rayuannya tidak diterima.

Pada 5 Januari lalu, rayuan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditolak atas alasan disiplin seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Umno.

Keahlian Tajuddin digantung pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mati”.

Keputusan tersebut dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun 2022.

Beliau juga menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas penyingkirannya.