Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nik Nazmi beri penjelasan isu pegawai disiasat SPRM


Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan dakwaan bahawa salah seorang pegawainya sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi menegaskan bahawa tiada seorang pun pegawainya telah dipanggil oleh agensi pencegah rasuah itu.

“Saya juga ingin menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa pegawai saya telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM.

"Namun begitu, jika terdapat sebarang siasatan, saya dan mana-mana pegawai saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa," katanya.

Respons itu dibuat selepas blog Edisi Siasat mendakwa Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memecat pegawai mereka susulan siasatan rasuah.

Fahmi menafikan dakwaan yang dibuat blog itu pada Khamis lalu, dengan menegaskan tiada pegawainya sedang disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.

Ketua penerangan PKR itu dilaporkan berkata, tuduhan terhadap dirinya serta kementerian yang diketuainya itu adalah palsu dan berniat jahat.