Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peguam Hisyam Teh Pok Teik akan bela Siti Bainun


KUALA LUMPUR – Peguam terkenal, Datuk Datuk Hisyam Teh Poh Teik telah dilantik untuk membela pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang ketika ini sedang dipenjara selama 12 tahun.

Siti Bainun dijatuhkan atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, Bella pada tiga tahun lalu.

Menurut peguam bela Siti Bainun, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Hisyam telah dilantik untuk mengetuai pasukan pembelaan wanita itu bagi prosiding rayuan penangguhan hukuman penjara anak guamnya.


Ketika prosiding hari ini, Nur’Aminahtul Mardiah memberitahu mahkamah pihaknya telah  merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang menolak permohonan Siti Bainun untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara pada 3 Mei lalu.

“Pembelaan juga telah fail notis usul dan afidavit sokongan terhadap rayuan itu. Antara alasan kita anak guam kami mempunyai masalah kesihatan asma dan hempedu serta menanggung seorang ibu yang tua dan sakit,” katanya hari ini hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Ahmad Bache di sini hari ini.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memerlukan masa untuk menjawab alasan dikemukakan peguam tertuduh dan mohon tempoh 14 hari.

Namun hakim telah meminta untuk menjawab alasan dalam tempoh 10 hari.

Mahkamah juga menetapkan 18 Mei ini untuk pendengaran semula rayuan Siti Bainun.

Untuk makluman, Hisyam pernah mengendalikan kes berprofil tinggi antaranya rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. (SRC International). -

-MalaysiaGazette