Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyanyi terkenal Krisdayanti tukar nama


SELEBRITI hiburan Indonesia, Krisdayanti mengumumkan menukar namanya pada akhir April lalu.

Dengan keputusan yang telah diambil, penyanyi tersebut mahu media dan semua pihak yang berurusan dengannya selepas ini menggunakan nama baharunya.

Kata Krisdayanti, nama baharu yang ditukar tidak lain dan tidak bukan adalah Kris Dayanti.


Ya, masih nama yang sama, namun berbeza suku kata.

Menurut penghibur yang juga seorang ahli politik itu, alasan dirinya kembali mahu menggunakan nama sama seperti dalam kad pengenalannya adalah kerana mengenang Allahyarham ayahnya.

“Dalam kad pengenalan atau akta kelahiran, nama saya dieja Kris Dayanti.

“Tapi bila saya bekerja dalam bidang hiburan dan banyak menjalin kerjasama dengan jenama besar, nama pentas digunakan sebagai Krisdayanti biar kedengaran lebih catchy,” kata isteri Raul Lemos itu seperti dilaporkan Detik.com.

Kris Dayanti kemudian menambah: “Semenjak ayah meninggal dunia, saya menjadi lebih menghargai dan akhirnya memutuskan untuk kembali menggunakan nama Kris Dayanti.