Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita di Puncak Alam ditahan, rakam aksi seks dengan anak sendiri


KUALA SELANGOR: Perbuatan jijik seorang ibu dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya terbongkar dan dicekup polis di sekitar daerah ini, kelmarin.

Lebih menyedihkan, suspek berusia 33 tahun dikatakan turut merakam aksi dengan remaja berusia 14 tahun itu menerusi telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor yang menerima maklumat video lucah hubungan seks berkenaan.


Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di bilik rumah suspek di Puncak Alam pada November tahun lalu.

“Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik dan suspek membuat oral seks terhadap mangsa sebelum menyuruh membuat hubungan seks.

“Suspek turut merakamnya dengan telefon bimbitnya sendiri dan mangsa diserahkan kepada JKM,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Ramli, hasil maklumat membawa kepada tangkapan dan rampasan telefon tersebut.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas wanita itu didapati negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 14/ 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek dibenarkan reman selama lima hari sehingga 7 Mei ini bagi membantu siasatan. 

– UTUSAN