PUTRAJAYA - Akaun Facebook Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu digodam pada petang Selasa.
Pejabat menteri KPKM menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan insiden tersebut berlaku pada jam 4 petang tadi.
"Sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada Mohamad atau pentadbir yang sah," menurut kenyataan itu.
Bernama