Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ku Li bimbang keputusan Zahid terima semula pengkhianat



Kenyataan yang dibuat oleh Tengku Raaaliegh Hamzah amat benar jika dilihat pada keadaan UMNO hari ini.

Tengku Razaleigh atau Ku Li merasa amat bimbang jika UMNO membuat keputusan menerima semula mereka mereka yang sudah dipecat dan dibuang untuk Kembali kepada UMNO.

Merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pintu masih terbuka untuk berunding dan pendamaian serta penerimaan semula mereka mereka yang sudah dipecat atau dibuang dari UMNO.


Ku Li menyatakan , selain membawa risiko di tikam dari belakang, UMNO juga memberi mesej yang tidak baik kepada mereka yang berpotensi menjadi pengkhianat.

Jika mereka mereka ini diberi peluang berkemungkinan mereka akan terus dengan agenda lama selain membalas dendam.

Tambah lagi , musuh diluar pagar seperti Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin akan sentiasa mencari peluang untuk merosakan kan UMNO seperti sebelum nya.

Kenyataan Ku Li bertepatan dengan keadaan memandangkan Mahathir masih dengan agenda peribadi nya untuk mengumpul sokongan melalui Proklamasi nya.

Kenyataan Ku Li boleh didengar di bawah ini :