Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lupakan cerita lama, DAP akan bantu UMNO habis-habisan -Kor Ming


DAP berikrar membantu UMNO habis-habisan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming berkata fokus utama kini adalah saling membantu demi memperkukuhkan kerajaan.

“Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pun dah ‘move on’ dan sekarang fokus utama kita adalah bagaimana untuk membantu UMNO dan UMNO membantu DAP untuk memperkukuhkan kerajaan Malaysia Madani demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.


“Kita akan membantu UMNO habis-habisan dalam PRN,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Bandar Raya Ipoh di Ipoh, hari ini.

Nga sekali lagi menyeru agar Pemuda UMNO melupakan persengketaan lama antara mereka yang berlaku sebelum ini.

Pada 8 Jun lalu, Pemuda UMNO menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO yang menghiris hati semua ahli parti itu hingga kini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyeru agar DAP memohon maaf kepada UMNO atas tohmahan terhadap parti itu yang mengguris hati semua ahlinya sehingga kini.

Kata Akmal, ada ahli yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan risau apabila bersama DAP, ‘keris’ UMNO akan terperosok ke bumi.

Namun Zahid ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada PAU 2023 lalu meminta agar tiada lagi kenyataan yang mengguris hati antara mereka malah beliau menyeru agar rakan-rakan baharunya dalam kerajaan campuran itu juga tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu.

Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke kemudiannya berkata DAP tidak akan memohon maaf kepada UMNO dan tidak mahu persengketaan lama mereka terus diungkit selepas mereka bersama dalam kerajaan campuran sejak enam bulan lalu.