KUALA LUMPUR – Risalah mengutuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemungkinan dilakukan orang dalam parti, kata Datuk Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan risalah itu adalah tuduhan berat kepada Ahmad Zahid yang didakwa tidak membela Datuk Seri Najib Razak.
“Ini percubaan untuk pecah-belahkan UMNO. Ini kerja orang dalam yang bergabung dengan orang luar. Tidak hairan segelintir kluster gantung dan pecat UMNO terlibat.
“Tetapi mereka terkedu bila Zahid bangkitkan isu pembelaan Najib dalam ucapan dasarnya. Bahkan video ucapan (Datuk) Mohd Nizar Najib ditayangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam kelihatan risalah berkenaan dilekatkan di cermin depan kereta semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023).
Risalah itu tertera ‘Bossku makin tidak mendapat keadilan.
“Apa guna UMNO berkuasa dan Ds Zahid jadi TPM. Jika keadilan masih tidak ditegakkan di bumu Malaysia, #bebasNajib,” tulis risalah berkenaan.
Menurut tinjauan di Facebook terdapat juga beberapa risalah lain yang disebarkan
– MalaysiaGazette/TunCarlos