Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akhirnya didedah, 1MDB tidak akan bebankan rakyat dengan hutang


Ini adalah fakta Rakyat tidak akan membayar satu sen hutang 1MDB malah sebaliknya, kerajaan akan mengaut keuntungan berpuluh bilion Ringgit.

Mengikut jawapan rasmi Kementerian Kewangan dalam parlimen pada 13 Mac 2023 lalu, Kerajaan sudah membayar jumlah keseluruhan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM43.8 bilion di mana kerajaan sudah mendapatkan semula RM41.6 bilion aset 1MDB.


Baki hutang yang belum dibayar berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RM5 bilion dan faedah RM4.7 bilion sehingga tahun 2039 bila hutang terakhir 1MDB tamat tempoh.


Namun 1MDB masih memiliki tanah-tanah tersebut:

- Bandar Air Itam, Pulau Pinang 234 ekar
- Bandar Malaysia, Kuala Lumpur 486 ekar
- TRX, Kuala Lumpur 70 ekar
- Pulau Carey, Selangor 318 ekar

Nilai keseluruhan tanah-tanah tersebut sahaja pada hari ini adalah berjumlah RM21.53 bilion.

Mengikut trend sejarah, kenaikan CAGR purata nilai tanah sejak 30 tahun lalu ialah  7.8% di Selangor dan 6.24% di Kuala Lumpur.


Sekiranya kadar kenaikan CAGR adalah hanya sebanyak 3% atau 5% setahun sahaja maka keseluruhan nilai tanah-tanah milik 1MDB  sebanyak RM21.53 bilion hari ini akan naik ke RM34.4 bilion atau M43.2 bilion masing-masing dalam tempoh 16 tahun sehingga tahun 2039 bila hutang terakhir 1MDB matang?

Adakah RM21.53 bilion atau RM34.4 bilion atau RM43.2 bilion cukup untuk membayar baki hutang RM9.7 bilion?

Itupun harga tanah sahaja. Jika tanah-tanah tersebut dimajukan oleh 1MDB atau kerajaan seperti rancangan projek Bandar Malaysia dengan nilai GDV RM140 bilion maka keuntungannya akan jauh lebih tinggi berbanding purata kenaikan tahunan nilai tanah.


Jadi, di mana Rakyat dan generasi-generasi akan datang terpaksa tanggung hutang serta kos faedah 1MDB?

Ini juga belum lagi mengira penjimatan sebanyak RM15 bilion setiap tahun yang diperolehi melalui penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah yang dilaksanakan 1MDB pada tahun 2011.

(Peliknya bahawa ramai yang kritik 1MDB faham bahawa nilai tanah akan naik setiap tahun malah ada yang sanggup pinjam dari bank untuk membeli tanah untuk disimpan tetapi mereka tiba-tiba hilang ingatan bahawa 1MDB mempunyai baki aset yang tinggi)