Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Berita kematian Salahuddin Ayub tidak benar


SHAH ALAM - Berita yang tersebar di media sosial berhubung kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Nur Syakirin Husnal 'Az' Hari kepada media.

"Berhenti menyebarkan dan mempercayai khabar angin.


"Datuk Seri Salahuddin Ayub masih bernafas. Jantungnya masih berfungsi. Beliau kini berada di unit rawatan rapi (ICU)," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Ahad.

Dalam mesej setakat jam 8.46 malam itu, Nur Syakirin berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Khabar kematian Salahuddin mula ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial pada Ahad malam .

Media melaporkan, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB sekitar jam 10.15 malam Sabtu setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

Beliau disahkan mengalami pendarahan otak sebelum menjalani pembedahan pada Sabtu.