Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

China lakukan tinjauan haram dua minggu berturut-turut di ZEE Malaysia

 
KUALA LUMPUR – China kini didakwa masih melakukan tinjauan secara haram jauh ke dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di selatan Luconia Shoals (Beting Patinggi) selama dua minggu berturut-turut.

Ciapan twitter Gordian Knot Ray pada tengah hari Rabu mendedahkan tinjauan haram kapal peninjau China, Haiyang Dizhi Ba Hoa itu didakwa berada di kedudukan 100nm dari pantai Malaysia.

“kapal tinjauan, Haiyang Dizhi Ba Hao, masih dikawal oleh China Coast Guard 5202, seperti yang berlaku sejak ia memasuki ZEE Malaysia pada 21 Jun.


“Kapal peninjau China itu kini diekori oleh kapal peronda luar pesisir Malaysia KD Kelantan,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, Suara.TV melaporkan kapal peninjau China, Haiyang Dizhi 8 telah memasuki perairan Malaysia dalam kejadian minggu lalu dan dipercayai mensasarkan kawasan-kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas serta menempatkan aktiviti cari gali minyak dan gas membabitkan Petronas dan rakan-rakan perniagaannya.

Kapal peninjau China itu pernah mencetuskan insiden di perairan ZEE Malaysia tiga tahun lepas.

Kini dilaporkan telah kembali ke perairan ZEE Malaysia sekali lagi, dipercayai untuk melakukan kerja-kerja kajian dasar laut.