Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dinding kaca ibu pejabat PAS dipecahkan lelaki misteri




Dinding pejabat PAS di Kuala Lumpur pecah berderai awal pagi ini, kebetulan tidak lama sebelum proses penamaan calon pilihan raya enam negeri.

Media sosial PAS mengumumkan perkara itu tetapi tidak mendedahkah butiran lanjut.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dan kemalangan polis telah dibuat.

"Ada rakaman CCTV dan ada saksi. 


“Mudah-mudahan kes akan dapat diselesaikan segera,” kata penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Setakat laporan ini ditulis, masih tiada maklumat sama ada ia melibatkan perbuatan khianat.

Proses penamaan calon bagi enam negeri melibatkan lebih 173 kawasan ditutup pada jam 10 pagi tadi. 

Pilihan raya akan berlangsung pada 12 Ogos depan.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Negara Razarudin Husain sebagai mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, yang dibaling batu oleh seorang lelaki tidak dikenali mengakibatkan dinding kacanya pecah.

Razarudin berkata kejadian berlaku pada 5.30 pagi tadi dan polis giat mengesan suspek terlibat dengan dibantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Dalam kejadian itu, suspek yang menaiki motosikal telah membuat bising sebelum bertindak membaling batu ke dinding kaca pejabat berkenaan. Perkara itu dilihat oleh pengawal yang bertugas di bangunan itu.

“Polis sedang mengesan suspek terlibat, insya-Allah dalam masa terdekat kita akan dapat menjejakinya,” katanya dalam sidang media khas mengenai Ops Cantas sempena PRN di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Polis, katanya sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi membantu usaha mengenal pasti individu berkenaan.

Menurutnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat.

Pagi tadi, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.