Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hilang kepercayaan kepada Zahid, penyokong Bossku umum sokong PN (video)


KUALA LUMPUR – Penyokong-penyokong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak  secara terbuka menzahirkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos depan.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO yang membisu dengan tiada sebarang langkah untuk memberikan keadilan kepada Najib.


“Selama ini kami mengambil sikap bersangka baik kepada Presiden UMNO berkenaan keadilan Datuk Seri Najib.

“Tetapi Ahmad Zahid Hamidi diam menikus apabila Anwar Ibrahim menutup pintu keadilan, walaupun ada kenyataan SPRM yang sepatutnya boleh mencetus perbicaraan semula yang lebih adil.

“Nyata sekali Zahid tiada keinginan untuk memberi keadilan kepada Najib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bulan lalu, penyokong-penyokong kepada ‘Bossku’ didakwa bakal mengalih sokongan kepada PN pada PRN di enam negeri.

Tindakan itu dibuat kerana kecewa keadilan untuk Najib yang dimohon kepada Kerajaan Madani sehingga sekarang tidak dipedulikan.

Dalam pada itu, Syed Muhammad Imran berkata, pihaknya juga jelek dengan tindakan Ahmad Zahid yang didakwa terus menerus mempergunakan mereka.

Jelas Syed Muhammad Imran, beliau berharap PN sedia untuk bekerjasama dengan pihaknya demi keadilan terhadap Najib.

“Kami harap Perikatan Nasional akan dapat membawa balik kesatuan ummah dan menolak penguasaan DAP yang merupakan musuh tradisi UMNO.

“Kami harap kepimpinan parti Perikatan Nasional akan menyambut tangan kami untuk bersama,” katanya lagi.

Sebelum ini, anak Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin menjangkakan ada sebilangan penyokong bekas perdana menteri itu tidak keluar mengundi atau memberikan undi kepada pihak lawan pada PRN di enam nengeri pada 12 Ogos depan.

Jelasnya, ia adalah tanda protes setelah melihat tidak ada sebarang keadilan buat bekas Presiden UMNO itu.

 – MalaysiaGazette