Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kegiatan melombong bauksit haram berjaya ditumpas -MB Pahang


KUANTAN: Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail hari ini mengesahkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah berjaya menumpaskan satu aktiviti perlombongan bahan mineral dipercayai bauksit tanpa lesen atau pajakan yang sah di satu lokasi berdekatan KOTASAS, Kuantan, petang tadi.

Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan lapan orang anggota Pasukan Elit UPNP yang sedang melakukan rondaan di sekitar daerah Kuantan telah terlihat aktiviti tersebut kira-kira jam 2.15 petang. 


Anggota UPNP kemudiannya telah melakukan intipan dan melihat aktiviti perlombongan itu dengan menggunakan dua buah jengkaut dan tiga buah lori tipper sebelum serbuan dilakukan.

Pegawai Penguatkuasa UPNP kemudiannya meminta pengusaha lombong itu mengemukakan sebarang kelulusan bagi aktiviti memunggah bahan mineral tersebut, namun gagal.

Seterusnya, Pegawai Penguatkuasa UPNP bertindak dengan menahan enam lelaki serta menyita dua buah jengkaut dan tiga buah lori tipper di lokasi kejadian. 

Kes ini kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001.

"Saya ingin tegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa melaksanakan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti penerokaan tanah secara secara tidak sah atau apa juga aktiviti-aktiviti yang menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kerajaan Negeri juga akan mengambil tindakan yang tegas tanpa sebarang kompromi supaya aktiviti-aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dibenteras dengan sehabis-habisnya." ujar beliau.

Disunting dari: FB Wan Rosdy Wan Ismail