Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan diminta tunjuk bukti sahih wanita China punca kecoh KLIA keluar


Kuala Lumpur -14 Julai 2023
Dalam situasi sekejap ada sekejap tidak ada, pelbagai spekulasi wujud berkaitan kepulangan wanita punca kekecohan di KLIA sudah keluar dari Malaysia.
 
Tetapi yang paling mengecewakan adalah “sindiran” Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada media. 

"Jadi apa moral pengajaran? Media kena cermat dan berhati-hati (dalam membuat laporan). Jangan petik sumber sembarangan terutamanya yang bercanggah kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


"Malangnya, dia (media terbabit) cuma memetik sumber yang tak dinamakan," katanya dalam Sidang Media Khas pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat selepas Harian Metro melaporkan petikan sumber Jabatan Imigresen bahawa tidak ada rekod wanita terbabit keluar. 

"Rekod menunjukkan tarikh masuk adalah pada 29 Jun dan pas masuk akan tamat pada 28 Julai ini. Berdasarkan rekod memang didapati individu terbabit masih belum keluar dari negara ini,” sumber dipetik berkata.
 
Sindiran Saifuddin jelas memperlekeh etika pelaporan kewartawanan dalam memetik sumber “tidak dinamakan”, amalan biasa dilakukan media di negara yang mempunyai pelbagai akta mengekang pelaporan maklumat yang boleh dianggap sebagai “sulit dan rahsia”, termasuklah di Malaysia. 

Selaku menteri bertanggungjawab, beliau juga hanya menggunakan “kata-kata” untuk menafikan laporan itu. Rakyat mahukan bukti walaupun ia hanyalah rakaman CCTV di pintu keluar negara atau salinan “rekod” Jabatan Imigresen.
 
"Sebenarnya pada 4 Julai lalu melalui penerbangan Shenzhen Airlines, ZH9030 pada jam 8.55 malam, wanita itu telah pun dicatatkan keluar daripada rekod Imigresen,” kata Saifuddin. 

Pemimpin Kerajaan Perpaduan patut memulakan amalan mendedahkan salinan dokumen berkaitan untuk membuktikan kenyataan mereka, selari dengan hormat, keyakinan dan ihsan dalam slogan MADANI. 

Wanita berkenaan menjadi tumpuan media selepas dikatakan menjadi punca kekecohan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Tiong King Sing menyerang pegawai imigresen di KLIA, mendesak melepaskan wanita berkenaan yang ditahan. 

Di kebelakangan ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan China telah tular dan memberi kesan kepada Malaysia – dari pencerobohan perairan negara oleh pelbagai kapal perang China yang tidak berkesudahan, dakwaan syarikat gergasi China melobi dan mendapatkan kontrak infrastruktur 5G negara melalui pintu belakang, serta skandal Malaysia China Industrial Kuantan Park di Pahang (MCKIP). 

Persoalannya kini, mengapakah wanita berkenaan yang dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat media milik Kerajaan China mendapat perlindungan khas dari Kerajaan / Pejabat Menteri sendiri? 

Sumber: Hmetro