Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penyokong Najib sukar dipujuk lagi, seolah-olah sudah hilang sabar -Yana Najib


    
KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa akui ramai penyokong Datuk Seri Najib Razak yang membentuk puak majoriti dalam Barisan Nasional (BN) seolah-olah sudah hilang sabar.

Malah mereka juga tidak mudah dipujuk lagi.

Situasi ini berlaku apabila Najib terus dibebani dengan kes-kes dan pertikaian baharu.


Antaranya, kes cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, dana RM114 juta yang telah pun diakui dimiliki UMNO dan kes sivil 1MDB.

Semua ini memberi tekanan kepada Najib walaupun sudah dipenjarakan, tambahnya dalam satu kenyataan.

Anak perempuan Najib membuat kenyataan ini bagi menjawab kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi awal hari ini.

Dalam kenyataannya, Ahmad Zahid meminta para penyokong Najib agar mengasingkan soal perundangan yang dihadapi Najib dengan pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Katanya, tidak ada sebab untuk penyokong Najib memboikot pilihan raya negeri itu.

“Tidak ada sebab untuk segelintik pihak berfikir bahawa tidak ada usaha dilakukan agar Najib mendapat keadilan sewajarnya.

“Kita mesti mengasingkan soal perundangan dengan PRN. Datuk Seri Najib sendiri melalui anakanda beliau menyebut sokongan mesti diberikan kepada kerajaan madani sekarang ini.

“Kalau Datuk Seri Najib sendiri meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat Malaysia supaya mendukung (kerajaan),” ujar Ahmad Zahid ketika ditanya kononnya penyokong Najib akan memboikot PRN nanti.

Tindakan memboikot tersebut didakwa akan dilakukan selepas kerajaan dituduh tidak bersungguh-sungguh untuk memberi keadilan terhadap Najib.

Mengulas lanjut, Nooryana menambah, memang benar Najib masih menyokong UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

Tetapi para penyokong Najib mahu melihat usaha ketara dilakukan dalam menegakkan keadilan untuk Najib. 

– MalaysiaGazette