Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rasuah curi nadir bumi Kedah, 12 individu lagi dipanggil SPRM


KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil seramai 12 orang saksi untuk merakam keterangan bagi bantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah, setàkat ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, seramai 12 orang saksi tersebut melibatkan pegawai  Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta yang terlibat dalam perlombongan REE tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya masih belum memanggil ahli politik termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam membantu siasatan tersebut.


“Belum ada orang politik yang dipanggil untuk memberi keterangan, sesiapa sahaja akan dipanggil untuk bagi keterangan mana yang difikirkan perlu, mungkin cepat atau lambat sahaja.

Beliau menambah, SPRM juga sedang mengesan beberapa saksi dari China untuk melengkap siasatan.

“Saksi dari China itu dikatakan membuat pelaburan kepada (aktiviti) perlombongan REE ini,” ujarnya.

Akhbar hari ini melaporkan seorang pegawai kanan MBI Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek yang berusia 63 dan 40 tahun itu direman tiga hari hingga 21 Julai ini selepas ditahan di sekitar Alor Setar, Kedah serta ibu negara, semalam. 

– UTUSAN