Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sanusi akan dipanggil, ada tandatangan beliau -Ketua SPRM


KUALA NERUS: Setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil seramai 12 orang saksi untuk merakam keterangan bagi bantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi juga akan dipanggil untuk membantu siasatan selepas terdapat surat berkaitan perlombongan REE yang ditandatanganinya viral di media sosial.

“Ada surat viral di internet, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pun akan dipanggil sebab dia tandatangan surat itu,” katanya.


Beliau menambah, SPRM juga sedang mengesan beberapa saksi dari China untuk melengkap siasatan.

“Saksi dari China itu dikatakan membuat pelaburan kepada (aktiviti) perlombongan REE ini,” ujarnya.

Ditanya adakah SPRM ditekan pihak tertentu untuk mempercepatkan siasatan kes REE susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir, Azam berkata, beliau menyangkal kenyataan tersebut dan perkara itu hanya kebetulan berlaku dalam tempoh ini.

“Tiada siapa menekan kami, ini cuma secara kebetulan. Sama ada kerana PRN atau tidak, ia bukan masalah, SPRM dalam hal berkaitan apa juga isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan, yag ada merit untuk siasat, kita siasat,” katanya.

– UTUSAN