KUALA LUMPUR – Selepas Vietnam, kini Filipina pula menggesa tayangan filem “Barbie” ditarik balik penayangannya di negara itu susulan adegan yang dilaporkan menunjukkan tuntutan nine dash line China ke atas Laut China Selatan, yang telah tidak sah oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague pada 2016 .
Senator Jinggoy Estrada bersetuju, berkata filem yang diarahkan oleh Greta Gerwig itu akan ditayangkan di pawagam Filipina pada 19 Julai ditarik balik tayangannya.
Melihat treler berdurasi 2:41 minit – dimuat naik di akaun Youtube rasmi Warner Bros. Pictures menunjukkan ilustrasi peta kanak-kanak menunjukkan benua Asia tanpa merujuk kepada China atau Filipina.
Tiada rujukan yang jelas kepada tuntutan meluas China. Namun, para senator gempar dengan penggambaran filem fantasi mengenai garis sembilan sengkang.
Manakala, Senator pembangkang Risa Hontiveros meminta para senator bertenang sambil mengingatkan rakan-rakannya bahawa filem itu hanyalah fantasi sahaja.
“Filem ini adalah fiksyen, dan begitu juga dengan sembilan sempang,” kata Hontiveros. Daripada mengharamkan filem itu, Hontiveros berkata hanya perlu ada penafian bahawa adegan tertentu adalah rekaan.
“Sekurang-kurangnya, pawagam kami harus menyertakan penafian yang jelas bahawa garisan sembilan sempang adalah rekaan imaginasi China,” kata Hontiveros.
Senator turut menyelar Beijing semalam berhubung insiden gangguan terbaru membabitkan kapal pengawal pantainya yang mengejar kapal Filipina yang lebih kecil dalam misi pembekalan semula ke BRP Sierra Madre di Laut Filipina Barat.
Dua kapal pengawal pantai China “mengejar” kapal Filipina selepas misi bekalan semula, tambahnya.
Kredit FOTO: Philstarnews