VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, tadbir urus yang baik di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membawa kepada hasil yang lebih baik.
Bekas Pengerusi Felda itu berkata demikian menjawab hantaran seorang pengguna Facebook yang membandingkan kadar hutang negara ketika sembilan tahun pentadbiran Najib dan lima tahun selepasnya.
Jelas Shahrir, beliau percaya tadbir urus yang baik dan tiada retorik pasti akan menghasilkan pencapaian baik dan begitulah sebaliknya.
“Hasil pasti berbeza dari urus tadbir yang berbeza. Tadbir urus yang baik, tiada retorik, hasilkan yang baik.
“Tadbir urus yang teruk, hasil yang buruk,” tulisnya,
Terdahulu, seorang pengguna akaun Facebook Lim Sian See mempersoalkan mengapa kekayaan negara naik RM2,498.6 bilion ketika zaman ‘penyamun’ tetapi turun RM161.9 bilion semasa zaman kononnya bukan ‘penyamun’.
“Kekayaan negara bukan turun bila dirompak, disamun dan dicuri ke?,” soalnya.
– Malaysiapost