Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tukar kerajaan negeri bukan tukar agama


Lain macam PRN kali ini di Kelantan.

Aku rasa, PAS akan tergugat kali ini, tengok kepada reaksi orang ramai.

33 tahun memerintah, tiada apa-apa yang boleh dibanggakan, selain “bual besar” dan angkuh PAS.

PAS selama ini hanya hidup atas “keburukan” orang lain, sedangkan tiada kebaikan pada PAS sendiri. Hanya memburukkan pihak lawan (UMNO), tetapi diri sendiri tiada apa kebaikan.


Kali ini, ubahlah sekali. Kita tengok macam mana.

Secara logiknya, jika PAS tumbang, BNPH memerintah, tentulah mereka akan membuktikan mereka lebih baik daripada PAS.

Takkanlah mereka hanya mahu sepenggal memerintah? Mestilah mereka akan melakukan perubahan yang boleh dirasai oleh seluruh rakyat kelantan untuk mereka terus meraih sokongan.

33 tahun PAS memerintah, berilah peluang kepada BNPH pula.

Beranilah berubah. Tukar kerajaan, bukan tukar agama.

oleh: 
Pemenang Hadiah Sastera Perdana