Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid minta penyokong Najib keluar mengundi sokong Kerajaan


Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penyokong bekas perdana menteri Najib Razak keluar mengundi dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos depan.

Menekankan soal perundangan dan pilihan raya negeri mesti diasingkan, Zahid berkata Najib sendiri mahu sokongan diberikan kepada kerajaan sekarang.


“Kalau najib sendiri minta, bukan saja penyokong dia, tapi rakyat Malaysia untuk mendukung (kerajaan), tidak ada sebab kalau ada segelintir masih mempunyai pemikiran bahawa usaha-usaha tidak dilakukan membela beliau,” katanya.

Tanpa mengulas lanjut, Zahid berkata usaha bukan saja dibuat dari aspek perundangan tapi juga aspek sosial yang lain.

Dia berkata demikian ketika ditanya dakwaan penyokong Najib mungkin memulaukan pilihan raya negeri jika kerajaan tiada komitmen untuk membebaskan Najib.

-Malaysiakini