Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Angka tertinggi undi PRN, bukti UMNO masih diterima rakyat


    
UMNO masih lagi menerima undi tertinggi iaitu 2,549,341

PKR mendapat jumlah undi 2,442,038

DAP mendapat jumlah undi 2,422,577

PAS mendapat jumlah undi 2,259,353

PPBM mendapat jumlah undi 2,102,151





Jika dilihat dari segi “calon hilang deposit” pula, tiada seorang pun calon dari UMNO-BN yang hilang deposit termasuk calon dari Pakatan Harapan tetapi terdapat 18 Dun di mana calon Perikatan Nasional(PN) hilang wang pertaruhan dan menurut sumber kesemuanya dari parti Muhyiddin Yassin.


Walaupun di Terengganu, UMNO-BN dan PH kalah namun perlu dilihat kepada jumlah undi dan majoriti kemenangan yang diperolehi dari PN. Tidak semua angka menunjukkan pengundi di setiap Dun menolak total kepimpinan UMNO-BN dan PH. Tiada satu pun Dun yang UMNO-BN dan PH tandingi hilang deposit.

Tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu serta kawasan Melayu Islam yang ditandingi dan kebanyakannya dimenangi oleh PN adalah kerana strategi ‘menakutkan’ pengundi dengan ugutan syurga dan neraka menjadi.

Pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu bergeser sesama sendiri dengan menuding jari. Kelemahan sememangnya wujud tetapi perbaikilah dengan segera.

Muhyiddin, Hadi dan kepimpinan PN masih panik dan cuba menutup kelemahan dan kegagalan mereka di 6 pilihanraya negeri. Muhyiddin mudah dibaca, aksi cepat-cepat naik pentas menyerang Zahid dan Anwar dengan menggesa keduanya undur diri adalah taktik menyelamatkan diri.

Muhyiddin dan PN mula bertambah takut apabila Ketua Penerangan UMNO Malaysia Dato Seri Azalina menyuarakan tentang tatakelola perbelanjaan PN pada pilihanraya negeri yang berlebihan dan melanggari Akta Suruhanjaya Pilihanraya.

Dari mana PN perolehi wang sebanyak ini?

Khabarnya di Dun Kota Putera Terengganu, calon Pas menurunkan 11 artis untuk turut berkempen secara terang-terangan. Berapakah kos untuk kesemua artis yang datang ini?

Pihak berkuasa tidak boleh berpeluk tubuh, negara akan rosak jika kerajaan negeri dan negara terbina dari wang rasuah.