Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ayahanda Cik Ton tersungkur di Pandan Indah


SHAH ALAM: Calon Perikatan Nasional (PN), Fazil Mohamad Dali atau Ayahanda Cikton tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT) itu kalah kepada penyandang kerusi tersebut, Izham Hashim daripada Pakatan Harapan (PH).


Menurut laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor itu menang dengan majoriti 10,591 undi selepas memperoleh 27,878 undi, manakala Ayahanda Cikton memperoleh 17,287 undi.

Sementara dua lagi calon hilang deposit masing-masing iaitu Lisa Redzuan yang juga Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan seorang calon Bebas, Sivaneswaran Ramasundram.