Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dua Timbalan Pendakwa Raya, 15 anggota polis ditahan ketika berhibur dadah




KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, awal pagi Sabtu.

Serbuan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan operasi yang dijalankan pihaknya.


"Saya sahkan pemeriksaan yang dijalankan oleh JIPS Bukit Aman dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

"Pemeriksaan kepada semua pengunjung pusat hiburan tersebut dibuat termasuk saringan air kencing yang dilaksanakan oleh JSJN negeri," katanya.

Difahamkan, daripada jumlah penahanan itu, hanya seorang negatif dadah hasil ujian air kencing.

Berdasarkan laporan JIPS, semua yang disahkan mereka positif berada di bawah pengaruh dadah jenis Ketamin, Amphetamin dan Methamphetamine.

Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Dua timbalan pendakwa raya ditahan itu pula masing-masing bertugas di Shah Alam dan Negeri Sembilan.