Lima tahun perintah Terengganu, PAS tiada idea rangsang ekonomi, penuhi keperluan asas -Hanafi
Labels:
Politik
KUALA NERUS: Calon Barisan Nasional di DUN Tepuh, Muhammad Hanafi Hassan berkata selama sepenggal ini, pentadbiran kerajaan negeri Terengganu tiada idea untuk merangsang ekonomi dan memenuhi keperluan asas untuk rakyat
'Kalau tanya pandangan saya secara peribadi, belum ada lagi kita nampak satu idea daripada pentadbiran kerajaan untuk merangsang ekonomi terutamanya, dan juga untuk memenuhi keperluan asas"
"Terutamanya kalau kita tengok bukan saja di negeri terengganu malah di Dun Tepuh saja, kalau kita tengok antara keperluan asas yang dikehendaki okeh rakyat adalah perumahan.
"Kita belum lihat lagi ada satu idea daripada kerajaan negeri untuk membangunkan. Mungkin ada dimasukkan dalam manifesto mereka tapi saya rasa agak ragu-ragu bagaimana mereka mahu melaksanakannya.
"Sebab perumahan ni kita nampak macam mudah, tapi ada beberapa elemen yang saling melengkapi antara satu sama lain baru lah boleh dilaksanakan projek perumahan." ujarnya.
Menurut Hanafi, Kerajaan PAS sebelum ini telah berjanji dalam manifesto mereka untuk membina 20,000 unit rumah, tetapi hakikatnya dalam masa 5 tahun hanya 200 unit rumah saja yang berjaya disiapkan.
"Walaupun kenyataan ini disangkal oleh pemimpin PAS yang mendakwa mereka telah membina lebih banyak dari itu, hakikatnya apa yang mereka dakwa itu adalah perumahan yang telah dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu."ujar Hanafi.
Menurut Hanafi, di dalam menifesto ataupun tekad untuk DUN Tepuh, Barisan Nasional menawarkan beberapa idea yang mampu dilaksanakan bagi merangsang lagi ekonomi rakyat.
Muhammad Hanafi menentang rakan sekolahannya daripada PAS yang juga penyandang, Hishamuddin Abdul Karim.
Pada PRU ke-14, Hishamuddin menang dengan majoriti 2,717 menewaskan calon BN, Datuk Basir Ismail dan calon PKR Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan.