Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Masalah kewangan pemaju jejas hartanah Forest City


JOHOR BAHARU – Krisis hutang pemaju hartanah terkenal China, Country Garden, telah menimbulkan keresahan pembeli hartanah di Country Garden Forest City di Johor Bahru.

Hartanah yang dibangunkan oleh syarikat subsidiarinya, Country Garden Malaysia, direka bentuk bertema futuristik dengan menara berbentuk kapal angkasa yang diliputi kehijauan kini dilaporkan masih sepi ibarat ‘pekan hantu’.


CNA melaporkan pembangunan perlahan di telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kerana projek belum siap sepenuhnya itu akan terbengkalai dan harga hartanah akan terus jatuh.

Bahkan, pakar industri berkata, kebimbangan penduduk adalah rasional dan Country Garden Malaysia harus menjelaskan secara terbuka sekiranya projek akan diteruskan seperti yang dirancang.

Tetapi ia tetap menjadi fatamorgana bagi warga Singapura Chee Pei Lin,48, empat tahun selepas berpindah ke apartmen dua bilik di sana yang dia bayar RM700,000 (S$204,779) pada 2019.

Terpikat dengan harga hartanah yang lebih rendah berbanding Singapura dan prospek untuk menggunakan pangsapuri seluas 635 kaki persegi sebagai rumah persaraan, Chee memberitahu CNA dia kini berasa kecewa dengan pembangunan yang perlahan di sekitar blok pangsapurinya di Ataraxia Park dan sekitarnya.

“Di sekeliling bandar, terdapat tapak kosong dan terbiar. Tetapi jika kamu melihat model 3D yang dipamerkan di galeri jualan, sepatutnya terdapat lebih banyak menara kediaman dan kemudahan lain seperti kapal layar dan kompleks membeli-belah,” kata lelakinya.

Chee, yang bekerja dalam bidang kewangan, menambah bahawa berita baru-baru ini mengenai syarikat induk pemaju projek Country Garden di China menuju ke arah kemerosotan kewangan memburukkan lagi kebimbangannya.

Kata Chee, dia bimbang pembinaan untuk baki pembangunan di Forest City mungkin tidak dapat disiapkan dan kawasan yang dia tinggal sekarang akan terus menjadi “bandar hantu terbiar”.

“Laporan itu sangat membimbangkan. Saya fikir ia menimbulkan banyak persoalan (mengenai) sama ada pemaju di Malaysia juga mempunyai masalah aliran tunai, dan jika mereka akan dapat menyelesaikan apa yang mereka rancang untuk lakukan?,” soalnya.

Pakar hartanah di Johor pula bersetuju bahawa kebimbangan dizahirkan penduduk adalah sah, terutamanya memandangkan langkah baru-baru ini diambil oleh Country Garden untuk melepaskan usaha niaga hartanahnya di negara lain.

Dilaporkan krisis hutang Country Garden boleh memberi impak kepada projek di Australia dan Malaysia.

Krisis hutang di Country Garden di China telah menjadi tajuk utama global kerana firma itu telah menjadi pemaju terbesar negara itu mengikut nilai jualan sebelum 2023.

Minggu lalu, ia menggantung dagangan dalam hampir sedozen onshore bonds, membuka jalan untuk rundingan hutang dan kemungkinan penstrukturan semula, kerana harga sahamnya menjunam.

Syarikat itu kini mempunyai tempoh tangguh selama 30 hari dilaporkan sehingga awal September untuk membayar hutangnya sebelum ia dianggap ‘default’.

Perniagaan dan projek pembinaan firma itu tertumpu terutamanya di bandar-bandar di seluruh tanah besar China, tetapi ia mempunyai anak syarikat di Malaysia yang turut menyelia tiga pembangunan di negeri selatan Johor.

Ini termasuk projek mega utama syarikat bernilai AS$100 bilion (S$135 bilion) Forest City di Gelang Patah dan satu lagi pembangunan pantai, Danga Bay, dekat Johor Bahru yang mempunyai nilai pembangunan kasar AS$18 bilion.

Projek ketiga – Central Park – masih dalam pembinaan dan keseluruhan pelan induk projek itu dijangka siap mulai 2024. Ia dijangka bernilai RM4.6 bilion (AS$990 juta).

Pembangunan terancang merentasi empat bahagian tanah tebus guna yang berasingan berhampiran jambatan Tuas Second Link, Forest City merangkumi kompleks kondominium, vila, hotel, padang golf serta pelbagai kemudahan lain seperti pusat membeli-belah dan sekolah.

-SuaraTV