Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pahang beri bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara hari ini



Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM300 dan RM200 seorang yamg dibayar pada hari ini 1 September 2023.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri hari ini, melibatkan penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai dan kakitangan kontrak. 


Bantuan khas ini melibatkan 8,000 penerima dengan implikasi kewangan RM2.4 juta. 

"Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah," katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy juga berharap penjawat awam Pahang dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri.  




- Bernama